Pakaian Wanita Islam
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Pakaian Wanita Islam

Keperibadian Menyeluruh

COUNTER
SLIDE SHOW
Latest topics
» Selamat Menyambut Awal Muharam Bagi Semua Umat Islam.
sambungan Nama-nama Allah yang berkaitan dengan Zat PeribadiNya dan Fadhilatnya EmptySat Nov 02, 2013 12:05 am by Admin

» Maulidul Rasul
sambungan Nama-nama Allah yang berkaitan dengan Zat PeribadiNya dan Fadhilatnya EmptyTue Jan 15, 2013 6:05 pm by Admin

» Cara-cara memakai tudung empat segi
sambungan Nama-nama Allah yang berkaitan dengan Zat PeribadiNya dan Fadhilatnya EmptySat Jan 29, 2011 5:24 pm by Admin

» b. Sambungan Nama-nama Allah Yang Berkaitan dengan Zat PeribadiNya dan FadhilatNya
sambungan Nama-nama Allah yang berkaitan dengan Zat PeribadiNya dan Fadhilatnya EmptySat Jan 01, 2011 9:21 pm by Admin

» i.sambungan Nama-nama Allah yang berkaitan dengan Zat PeribadiNya dan Fadhilatnya
sambungan Nama-nama Allah yang berkaitan dengan Zat PeribadiNya dan Fadhilatnya EmptySat Oct 24, 2009 10:50 pm by Admin

» 99 nama Allah dan maknanya
sambungan Nama-nama Allah yang berkaitan dengan Zat PeribadiNya dan Fadhilatnya EmptyTue Aug 18, 2009 11:15 pm by Admin

» sambungan Nama-nama Allah yang berkaitan dengan Zat PeribadiNya dan Fadhilatnya
sambungan Nama-nama Allah yang berkaitan dengan Zat PeribadiNya dan Fadhilatnya EmptyThu Jul 23, 2009 10:54 pm by Admin

» A very beautiful nasheed for our little ones
sambungan Nama-nama Allah yang berkaitan dengan Zat PeribadiNya dan Fadhilatnya EmptyWed Jul 08, 2009 9:59 pm by drwauwa

» Mari sama-sama kita aminkan.....
sambungan Nama-nama Allah yang berkaitan dengan Zat PeribadiNya dan Fadhilatnya EmptyMon Mar 09, 2009 2:41 pm by drwauwa


You are not connected. Please login or register

sambungan Nama-nama Allah yang berkaitan dengan Zat PeribadiNya dan Fadhilatnya

Go down  Message [Page 1 of 1]

Admin

Admin
Admin

3. Al-Quddus-Yang Maha Suci

Al-Quddus bermaksud yang Maha Suci,iaitu suci dari segala-galanya,bererti suci ZatNya, suci pendengaranNya, suci penglihatanNya dan suci perbuatanNya.Hal ini menunjukkan Allah S.W.T. tidak pernah berdusta,sentiasa berkata dan melakukan perkara yang benar.

Fadhilatnya:

Sesiapa yang menyebut nama sifat Allah ini, dengan ikhlas, secara berulang-ulang sebanyak seratus (100)kali, pada setiap hari, mudah-mudahan Allah S.W.T. akan menghilangkan rasa kebimbangan yang terdapat di dalam dirinya.

4. As-Shomad-Yang Maha Dihajati

As-Shomad merupakan nama sifat Allah yang menyatakan bahawa Allah S.W.T. itu sebagai Tuhan Pencipta yang dihajati oleh segala makhlukNya.

Fadhilatnya:

Sesiapa yang selalu menyebut namaNya ini, dengan hati yang ikhlas, secara berulang-ulang, mengikut kemampuan, mudah-mudahan Allah S.W.T. akan memberikan segala hajatnya tanpa memerlukan kepada bantuan orang lain.

5. Al-Ghaniy-Yang Maha Kaya

Allah S.W.T itu Maha Kaya lagi Maha Cukup, ini beerti Allah S.W.T. itu tidak miskin dan tidak kurang. Kekayaan Allah S.W.T. tidak terbatas sedangkan manusia kekayaan mereka terbatas.

Fadhilatnya:

Sesiapa yang sentiasa menyebut namaNya ini dengan hati yang ikhlas, mudah-mudahan Allah S.W.T. akan menghilangkan kejahatan yang terdapat didalam hatinya, seperti sifat dengki dan Allah S.W.T. akan menggantikan pada dirinya dengan sifat rasa bersyukur kepadaNya.

6. Al-Mughni-Yang Memberikan Kekayaan
Al-Ghani menyatakan tentang kekayaan Allah S.W.T.,manakala Al-Mughni menyatakan bahawa Dia(Allah)Maha Kaya,maka Dia sebagai Maha Memberi Kekayaan kepada manusia.

Fadhilatnya:

Sesiapa yang menyebut nama sifat Allah ini dengan hati yang ikhlas, beberapa banyak yang mungkin, pada setiap hari Jumaat, nescaya Allah S.W.T. akan menghindarkan dirinya dari mengalami kekurangan di dalam kehidupannya.



Last edited by Admin on Sat Oct 24, 2009 10:21 pm; edited 2 times in total (Reason for editing : sambungan)

https://pakaianmuslimah.forumakers.com, http://masakan13.sosblog.

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum